Salam sayang buat pembaca entri pertama saya yang juga merupakan peminat setia saya, tidak lain lain dan tidak bukan Cikgu Munirah yang teramat comel. Saya amat berbesar hati kerana telah menerima tugasan menulis blog sebagai kerja rumah untuk cuti sekolah nanti. Inilah kali pertama saya berasa teramat gembira apabila saya mengetahui bahawa cuti sekolah ini saya akan menulis blog sebagai kerja rumah. Tiada sedikit keresahan pun terasa di hari apabila mendapat tahu tentang hal ini kerana yang pasti tugasan ini tidak seberat menulis esei sastera dan tidak seringan membaca teks sastera akan tetapi sedang sedang sahaja :)
Selesai sudah sesi berceloteh yang langsung tidak ada kena mengena dengan tajuk entri hari ini. Oleh kerana sayangnya saya terhadap peminat saya yang ingin mengetahui saya dengan lebih mendalam, saya akan mulakan dengan memberitahu tentang lagu melayu kegemaran saya. Sejujurnya, sebagai peminat K-pop, amat sukar bagi saya memilih yang mana satukah lagu melayu yang menjadi pujaan hati. Lantas, membuatkan saya terus melihat kepada 'playlist' lagu di telefon bimbit. Akhirnya, setelah selesai menelaah, bertemu juga saya dan lagu. Tentu Cikgu berasa tidak sabar untuk mengetahui apakah lagu yang dapat menambat hati si peminat korea ini bukan? Ayuh kita dengar sambil menyanyikan lagu ini bersama ;D
http://m.youtube.com/watch?v=ya3b7_1Kz8Q
Kau ada di kala ku suka
Di kala ku duka
Setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada di kala ku perlu
Setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh
Kaulah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidupku
Saya pasti Cikgu mesti sedang terfikir adakah lagu kegemaran saya ini tentang cinta. Namun, hakikatnya ia tidak benar. Apa kata kita sambung dahulu ya.... :D
Kaulah yang di situ
Setia menungguku
Kaulah yang satu
Menjadi sahabatku
Hah! Itulah lagu yang berjudul sahabat yang dinyanyikan oleh Najwa Latiff, Syam Kamarul dan Sleeq. Apa yang membuat saya tertarik pada lagu ini adalah pendefinisian sahabat di dalam lagu ini sama dengan siapa yang saya gelar sahabat. Di dalam musik videonya juga, saya dapat lihat kemesraan dan persahabatan yang terjalin diantara penyanyi-penyanyi lagu ini. Paling penting sekali, irama lagu ini amatlah sesuai dengan telinga saya yang tidak suka akan kekecohan lagu rock dan juga kecepatan lagu rap.
Seterusnya, lagu yang juga dapat menawan hati saya adalah lagu yang dapat menghiburkan hati saya. Saya pasti setelah Cikgu mendengar lagu ini, Cikgu akan terhibur sehibur-hiburnya.
http://m.youtube.com/watch?v=oNkTMvmoC20
Jika hatimu terluka karena sesuatuJika kau mencari cara tuk obati dirimuMarilah kawanku, marilah bersamakuBiarkanlah laguku coba menghibur dirimuCobalah dicobaNamanya goyang acakGoyang paling kocakDan bisa bikin ngakakPlease jangan ditolakIkutlah bergerakTunggu musiknyaTunggu musiknya
Ayo goyang duyuBebaskanlah hatimuAyo goyang duyuSimpan saja gengsimuAsyik... Asyik...Angkat jempolnya asyikAsyik... Asyik...Angkat jempolnya asyik
Cikgu terhibur bukan? Irama lagu ini sahaja sudah cukup untuk membuat saya goyang bersama. Lagu ini dinyanyikan oleh sebuah band di Indonesia iaitu Project Pop dan kali pertama saya mendengar lagu ini adalah ketika saya berumur 12 tahun. Walaupun sudah 5 tahun berlalu, saya masih terhibur apabila mendengar lagu ini ;D
Saya harap menerusi entri ini dapat Cikgu mengenali saya dengan lebih mendalam. Sehingga kita bertemu lagi pada entri seterusnya.
Salam Sayang,N.hikmah
Ayo goyang duyuBebaskanlah hatimuAyo goyang duyuSimpan saja gengsimuAsyik... Asyik...Angkat jempolnya asyikAsyik... Asyik...Angkat jempolnya asyik
Cikgu terhibur bukan? Irama lagu ini sahaja sudah cukup untuk membuat saya goyang bersama. Lagu ini dinyanyikan oleh sebuah band di Indonesia iaitu Project Pop dan kali pertama saya mendengar lagu ini adalah ketika saya berumur 12 tahun. Walaupun sudah 5 tahun berlalu, saya masih terhibur apabila mendengar lagu ini ;D
Saya harap menerusi entri ini dapat Cikgu mengenali saya dengan lebih mendalam. Sehingga kita bertemu lagi pada entri seterusnya.
Salam Sayang,N.hikmah


No comments:
Post a Comment