Monday, 21 July 2014

{ Aku dan Pendidikan }

20 Julai 2014

Salam saya ucapkan kepada Cikgu yang disayangi ;D

Bagi diriku, memang pendidikan itu penting bagi semua manusia. Paling penting sekali pendidikan tidak harus diukur dengan buku teks, markah yang cemerlang atau aktiviti di sekolah sahaja, akan tetapi pendidikan itu terbukti lebih luas dan bukan hanya tersekat dengan perkara yang sudah saya katakan di atas. Saya tidak pernah setuju jikalau orang ramai menilai seseorang itu mengikut keputusan sekolahnya, melihat kepada sijilnya dan tidak pernah melihat kemampuan seseorang lebih dari perkara yang disebut tadi.

Pendidikan yang paling utama adalah pendikikan yang diterima sewaktu kecil lagi. Ini kerana ia akan membentuk peribadi kita dan juga cara pemikiran kita. Di Singapura, setiap individu sering dinilai dengan keputusan dari sekolah, walhal setiap orang mempunyai kelebihan yang berbeza dan tidak semua akan cemerlang di dalam keputusan sekolah mereka. 

       


Akhir kalam, jangan hanya memandang pada zahir sesuatu itu ;)

Yang mempelajari,
N.hikmah

No comments:

Post a Comment